You faced problem with your accounting? we can solve it. FREE ADVISED. Setiap syarikat yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mesti submit annual return setiap tahun. Jika gagal berbuat demikian, Pengarah Syarikat akan didenda sebanyak RM2,000. Masalah dengan SSM atau LHDN,Sila wasap/sms/call 019-3427004/019-2420007
Monday, December 16, 2013
-Anda pemilik perniagaan kecil atau sederhana?
-Syarikat anda milikan tunggal, enterprise atau
sdn. bhd?
-Anda terlalu sibuk menjalankan perniagaan dan
tiada masa untuk mengemaskini akaun atau buku
simpan kira-kira perniagaan anda?
-Perakaunan anda tidak sistematik?
-mempunyai masaalah setiap kali ingin merekod
perakaunan?
-tidak mampu untuk mengaji cleak bagi menyediakan
perkaunan?
KINI TIDAK LAGI!!
Saya mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang
perakaunan , percukaian serta pengauditan
perakaunan. dengan ini saya menawarkan
perkhidmatan penyediaan full set akaun, penyata
kewangan yang terdiri dari penyata untung rugi
(profit and loss), kunci kira-kira (balance sheet)
dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang
perakaunan.
saya juga boleh membantu anda dalam penyediaan
atau mengemaskini perakaunan dan juga simpan
kira-kira anda mengikut piawaian terkini.
Boleh menyediakan perakaunan secara tradisional
dan juga menggunakan accounting software.
Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran dokumen
ke tempat anda juga disediakan.
Harga yang di tawarkan dari RM50-RM200 sebulan.
tertakluk kepada dokumen anda. harga boleh di
runding.
sila hubunggi saya jika ingin membuat pertanyaan
lanjut. call, sms 019-3427004 dan email di
iskandar712000@gmail.com
terima kasih.
Friday, November 29, 2013
SYARIKAT TIARA AGIH SDN BHD DAN PENGARAH-PENGARAHNYA DISABITKAN DENGAN KESALAHAN GAGAL MENYERAHSIMPAN PENYATA TAHUNAN KEPADA PENDAFTAR SYARIKAT DI BAWAH SEKSYEN 165(4) AKTA SYARIKAT 1965
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah mensabitkan syarikat Tiara Agih Sdn Bhd dan pengarah-pengarahnya iaitu Tengku Mahri Bin Tengku Chik dan Abdul Hamid Bin Rahasid kerana gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan syarikat tersebut bagi tahun 2011 dan 2012 kepada Pendaftar Syarikat dalam tempoh yang ditetapkan. Syarikat dan kedua-dua pengarah yang diwakili Mohd Hazwan Bin Hamidon daripada Tetuan Rafaei & Co. mengaku salah bagi kesemua pertuduhan terhadap mereka di bawah Seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965.
Puan Rozianti Binti M. Hanaphi, Majistret Mahkamah Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,400.00 bagi dua (2) pertuduhan terhadap syarikat dan RM3,000.00 bagi dua (2) pertuduhan masing-masing terhadap pengarah-pengarahnya dengan jumlah keseluruhan RM9,400.00, jika gagal bayar denda tersebut, hukuman penjara selama lima (5) hari bagi setiap kesalahan yang disabitkan boleh dikenakan terhadap pengarah-pengarah syarikat. Kesemua mereka membayar denda di mahkamah.
Oleh kerana pada tarikh sebutan, syarikat masih lagi gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan tersebut, satu notis penalti ingkar di bawah Seksyen 370(1) Akta Syarikat 1965 telah dikeluarkan terhadap syarikat selepas hukuman dijatuhkan bertujuan meminta syarikat agar menyerahsimpan penyata-penyata tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh jatuh hukum 26 September 2013. Sekiranya gagal, syarikat dan pengarah-pengarah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 165(7) di baca bersama Seksyen 370(1) Akta Syarikat 1965 iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga tidak lebih RM200.00 sehari selagi kesalahan tersebut berterusan.
Pendakwaan dijalankan oleh Encik Mohd Fauzi Bin Awang dari Unit Pendakwaan Seksyen Penguatkuasaan SSM Terengganu.
Kegagalan syarikat dan pengarah-pengarahnya untuk mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965 adalah satu perlanggaran undang-undang yang serius. Tambahan pula, kegagalan untuk menyerahsimpan Penyata Tahunan kepada SSM akan menyebabkan orang awam tidak boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini bagi menentukan kestabilan dan status sesebuah syarikat.
Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah di atas diharap dapat bertindak sebagai peringatan kepada syarikat dan pegawai-pegawainya agar sentiasa mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) TERENGGANU
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2013
A BUSINESSMAN CONVICTED UNDER SECTION 12(1)(d) OF THE BUSINESSES REGISTRATION ACT 1956
A petrol station operator, Ghazali bin Husain (‘Ghazali’) was found guilty for committing an offence under Section 12(1)(d) of the Registration of Businesses Act 1956 (‘ROBA 1956’) at the Butterworth Sessions Court, Penang.
The charge against Ghazali alleged that he had furnished false information to Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) in Form C – “Notification of Termination of Registered Business” on 25 June 2012 for a business entity known as Ghazali Petrogas.
The offence under Section 12(1)(d) of the ROBA 1956 carries a maximum fine of RM50,000.00 or 2 years imprisonment or both upon conviction. The Sessions Court Judge, Julie Lack Abdullah sentenced Ghazali to pay a fine of RM8,000.00 (in default 3 months imprisonment).
Mohd Zulkhairi Kamaruzaman from SSM prosecuted on behalf of the Public Prosecutor while Ghazali was unrepresented.
ISSUED BY : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
DATED : 25 NOVEMBER 2013
Tuesday, November 12, 2013
SAYA PAKAR DALAM BIDANG PERAKAUNAN.SAYA BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH ANDA SEPERTI ACCOUNTING BACKLOG,MELATIH STAFF ANDA, MENYEDIAKAN AKAUN SYARIKAT SECARA BULANAN,MEMBERI NASIHAT BERKAITAN PERNIAGAAN SECARA PERCUMA
Subscribe to:
Posts (Atom)